Saturday, August 27, 2011

Power

Guerrilla's Arsenal: Advanced Techniques For Making Explosives And Time-Delay Bombs

"Mana yang lawa weh? Aku dah pening ni," kata Emi, sibuk mencari kad raya untuk dihantar kepada rakan-rakan. Katanya kad raya kini kian pupus dan perlu diselamatkan. Umpama selamatkan pandalah konon-konon.

"Yang ini cun. Ini pun boleh tahan. Ha..itu-itu.." aku terus menuding ke semua arah. Semua serba cantik. Semua serba lawa. 

"Jangan yang kartun-kartun. Budak-budak sangat. Kena matang sikit," kata Emi, menjelaskan 'taste brother-brothernya'.

"Oh, kalau begitu, erm.. ha ini, itu, sana tu pun lawa," jawabku kembali. Tidak membantu.

Tatkala Emi sibuk membayar di kaunter untuk kad-kad raya tersebut, aku dapat lihat sinar kebangkitan zaman kad raya. Eceh. Mata aku tiba-tiba singgah di seberang jalan.

"Peh, barang best. Jom tengok!" ajak Rui yang muncul entah dari mana. Bab-bab 'best' memang dia laju bukan main.

xxx

Aku dan Emi membontoti Rui ke seberang jalan. Terdapat sebuah meja yang terletak di atas kawasan parkir. Aku musykil. Sejak bila pula meja pun boleh main parking dekat sini? Tak apa, hal itu kita settle nanti. Back to business, ada seorang brother berdiri di belakang meja sambil muka senyum-senyum malu. Dari riak wajahnya aku dapat hidu bau sindiket gelap.

"Ha mai beli dik, mai beli. Bunga api murah. Murah saja.." kata 'brother parking meja' sambil tangan melambai-lambai kepada mereka yang lalu-lalang.

Aku meneliti 'juadah' yang disediakan. Pop Pop, bunga api pelbagai saiz, mercun gasing, mercun naga dan lain-lain yang serba runcit. Tiada yang boleh buat bom tangan mini. Aku hilang selera.

xxx

Rui dan Emi kelihatan tidak puas hati. Mereka pun seolah-olah mampu menghidu sindiket gelap. 

Suasana kian genting. 

Keadaan menjadi sunyi. 

Tiba-tiba Emi bertanya.

"Mercun power ada, bang?" 

Rui di belakang tersengih-sengih macam kerang busuk. 

Aku ternanti-nanti jawapan. 

'Brother parking meja' melihat kiri dan kanan, memastikan tiada seorang pun yang akan dengar.

Riak wajah kami terus bertukar serius.

Ini bisnes betul.

Dengan muka serius yang masih ada sinar sindiket, brother terus menjawab dengan nada samseng.

"Ada..tapi..tak ada atas meja."

Kami mengangguk-angguk faham sambil muka masih serius.

0 comments: