2. "Cikgu, tandas!"
3. "Cikgu, nak berak."
4. "Cikgu, nak pi pancoq."
5. "Teacher, toilet."
6. "Sir, may I go to the washroom?"
7. "Teacher, may I go to the gents?"
8. "Toilet please."
9. "Cikgu tak tahan!" sambil tangan di hadapan zip.
10. "Cikgu!" terus berlari keluar.
xxx
Tapi yang paling aku tak suka apabila cikgu tak benarkan ke tandas.
Kes 1
"Cikgu, boleh saya ke tandas?"
"Buat apa tandas?"
"Panggilan alam."
"Apasal tadi tak pergi?"
"Tadi tak rasa.."
"Jangan nak merapik. Duduk diam-diam!"
Pelajar cuba sedaya upaya untuk menahan.
Kes 2
"Cikgu, saya nak ke tandas kejap!"
"Jangan. Duduk situ diam-diam!"
"Tapi.. saya dah tak tahan.."
Cikgu buat tak tahu.
Pelajar mula mengeluarkan air mata.
Kerusi mula basah.
Hancing.
Satu kelas tertawa.
Pelajar malu dan mula rasa hina.
xxx
Bayangkan, benda ini biasa berlaku di sekolah. Bayangkan kalau terjadi di sekolah rendah yang dipenuhi anak cilik yang hati mereka mudah tersentuh. Mungkin saat ini bakal menjadi titik tolak sahsiah dan motivasi pelajar tersebut. Bayangkan sekiranya perbuatan ini akan mengorbankan seorang lagi bakal intelektual masa hadapan.
Fuh, berat sungguh.

3 comments:
Di kelas adik aku ada cerita macam ini:
Pelajar yang mahu membuang air besar tidak dibenarkan keluar ke tandas. Lalu kanak-kanak tersebut mencari ikhtiar lain.
Beliau dengan air mata mencurah-curah berlari ke bahagian belakang kelas, tempat letak beg sekolahnya.
Dibuka beg tersebut, dikosongkan. Buka seluar sedikit sekadar lepas 'benda' itu keluar. Dah tak perlu meneran, terus keluar... Satu kelas berbau ****
(Dan aku rasa gurunya pun patut dihalang untuk berak di sekolah)
Jangan harap. Guru itu tuhan di sekolah!
ikot cakap cikgu
Post a Comment