"Panjang pula barisan harini," keluh aku dalam hati. Hari pertama ke kelas setelah seminggu bercuti sempena Aidilfitri yang kunjung tiba.
"Ini bukan nak beratur ke kolej namanya. Ini dah macam nak ambil tiket ke syurga," aku kembali meratus. Jam menunjukkan pukul 7.50 pagi. Lagi 10 mini kelas akan bermula.
"Yang bas ni pula apasal tak sampai-sampai lagi? Tengah makan lemang ke?" baran baran baran . Panas panas panas. Monday blues katanya.
xxx
Kelihatan beberapa orang pelajar perempuan berada di hadapan barisan. Semangat menantikan bas. Gadis di hadapan sekali membawa beberapa buah fail dan tangannya begitu penuh sehinggakan fail yang dibawa mencecah dagu. Monday blues katanya.
Riak wajah semua orang kelihatan resah dan gelisah. Hari pertama ke kelas. Keputusan ujian sedang menanti. Pensyarah sedang menunggu dengan tangan terbuka untuk menerima tugasan yang diberikan sebelum cuti. Bas pula masih belum datang. Semua berpeluh. Monday blues katanya.
xxx
Dari jauh lagi sudah dapat dihidu bau asap yang dilepaskan ekzos bas. Dari jauh lagi sudah dilihat warna ungu yang meliputi bas. Dari jauh lagi dapat didengari bunyi enjin bas menderum memecah kesunyian pagi Isnin. Bas berhenti betul-betul di hadapan gadis fail cecah dagu. Keadaan jadi kelam kabut apabila pintu bas dibuka dek kerana terkejut. Angin yang dibawa bas tiba-tiba bertiup dan kelihatan beberapa helai kertas dari fail gadis itu berterbangan dan mencecah lantai sebaik sahaja gadis itu melangkah masuk ke dalam bas.
"Eh, barang jatuh!" jerit hati aku. Aku lihat kawasan sekeliling. Semua mata tertumpu kepada kertas yang jatuh tersebut.
Seorang demi seorang melangkah ke hadapan dan terus masuk ke dalam bas. Masing-masing dengan mata tertumpu pada kertas yang terjatuh tadi namun tidak hairan untuk mengutipnya. Satu per satu tidak menghiraukan kertas tersebut. Kelihatan pula dua orang perempuan yang menghampiri kertas tersebut dan seakan-akan berbincang perihal kertas tersebut sambil jari diacu pada kertas tersebut. Namun, mereka terus saja naik dan tidak menghiraukannya.
xxx
Aku terus saja bercangkung sebaik saja berada di hadapan pintu bas. Bukan untuk berak tetapi untuk cuba meneliti kertas misteri sebentar tadi. Sehelai kertas yang telah dilipat dan dipenuhi dengan tapak kasut manusia dan sekeping sampul duit raya dikutip oleh aku sebelum menaiki bas. Masuk sahaja bas, aku terus mengembalikannya kepada gadis fail dagu dengan seribu satu persoalan bermain di dalam minda.
xxx
Kenapa tiada siapa yang berminat untuk mengambil kertas tersebut? Adakah kerana kertas itu kelihatan seperti sampah yang berterbangan? Jikalau sampah, adakah salah untuk kita kutip untuk buangkan?
Kenapa semua hanya memandang dan tidak pernah tergerak hati untuk menolong? Kenapa ada yang tidak hiraukan langsung dan buat-buat tak nampak?
Aku yakin sebentar tadi memang semua mata tertumpu di barisan hadapan. Secara logik, apabila pintu bas terbuka, secara spontan semua mata akan tertumpu ke hadapan. Mustahil tidak ada seorang pun yang tidak perasan. Dan mustahil aku ada sixth sense untuk melihat sampul duit raya terbang.
Tapi kenapa tiada seorang pun yang berminat untuk menolong?
Adakah masyarakat kita sebegitu ignorant?
Nota kaki : Ada RM10 dalam sampul tu woi! Monday blues katanya.
0 comments:
Post a Comment