Sunday, September 25, 2011

Perkara Kita Selalu Leka

"Kawasan Parkir Basikal"

Aku suka lihat bagaimana manusia memberi reaksi terhadap keadaan sekeliling. Tidak kira sama ada kepada alam semula jadi, bangunan mahupun sesama sendiri. Walau bagaimanapun, apabila suatu perkara yang tidak patut dilakukan secara berkali-kali oleh individu yang berlainan, perkara tersebut boleh menimbulkan seribu satu tanda tanya. Kenapa kerap dilakukan? Bagaimana caranya? Apakah kesannya?

Kali ini aku suka untuk menulis beberapa perkara yang masyarakat kita selalu lupa dan leka untuk lakukan.

1. Flush tandas

2. Tahan pintu untuk orang di belakang

3. Berdiri di bahagian kiri apabila menaiki eskalator dan membiarkan laluan kanan kosong untuk orang berjalan

4. Memberi laluan kepada penumpang bas ataupun tren untuk turun dahulu sebelum menaiki pengangkutan tersebut

5. Memberikan tempat duduk kepada warga emas, orang cacat dan ibu mengandung

6. Menutup mulut dan hidung ketika batuk dan bersin

7. Mengucapkan terima kasih

8. Membuang sampah ke dalam tong sampah

9. Tidak merokok di kawasan awam

10. Mengundi

Banyak lagi kalau nak diikutkan. Cukup sahaja 10 perkara buat hari ini. Buat pedoman dan peringatan untuk semua.

0 comments: