Tuesday, October 4, 2011

Meter Dosa & Kematangan


Setiap tahun akan genapnya umur seseorang. Sama juga untuk dia, engkau, engkau di sebelah, mak cik itu, lelaki di tepi engkau serta aku. Perkara yang sama berlaku, tarikh berlainan, cara menyambut kehadiran waktu juga berlainan. Ada pihak gemar berdiam diri sahaja. Ada pihak gemar berparti sakan. Ada pihak cuba bermuhasabah diri. 

Aku? 

Aku suka berfikir.

xxx

Cuba bayangkan kalau setiap tahun apabila genap sahaja umur kita, keesokan harinya kita akan diutus sepucuk surat. Bayangkan apabila dibuka surat itu perkara pertama yang kita lihat adalah tajuknya : "Meter Dosa Untuk X Tahun" (Ganti X dengan umur). Gambarkan, bagaimana reaksi seseorang. Bayangkan, bagaimana laju jantung berdegup sementara menunggu posmen menghantar surat. Lain macam perginya. Memang mustahil, memang ngeri, memang sukar untuk digambarkan. Tapi, apa salahnya kita mencuba?

xxx

Kita tukar bayangan, kita gunakan yang lebih masuk akal. Kali ini lain pula meternya. "Meter Kematangan Untuk X Tahun". Macam mana? Agak-agak berapa jauh boleh pergi? Ingat, kematangan itu bukan diuukur dengan umur namun hanya diukur dengan ilmu, pengalaman yang ditimba dan pelbagai faktor lagi. Natijah dari semua faktor ini yang akan membawa kepada kematangan. Kematangan tidak semestinya akil baligh dan kematangan tidak sepertinya menjadi tua. Kematangan ini semua harus dicungkil.

Ramai yang selalu cakap, "Rileks bro, muda lagi." 'Serileks' mana pun seseorang, inilah alasan yang paling bodoh.

Proses pembelajaran itu bukan sahaja di dalam kelas malah harus diteruskan dalam kehidupan seharian. Pelajarilah segala benda yang boleh. Dapatkan semua ilmu dan kemahiran. Rebut segalanya. Capai segala yang ada. Aku yakin, kematangan pasti menjelma juga. Ambil masa untuk diri sendiri dan sentiasa hargai diri dengan hadiah dan ketenangan.

Dengan ini, tidak ada gunanya lagi meter dosa dan kematangan. Segalanya boleh dikira sendiri setiap tahun. 12 tengah malam. Sewaktu hari lahir. Selamat menyambut hari lahir buat semua.



Hadiah untuk diri sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

Hadiah untuk diri sendiri ? alah kesiannye. Nanti aku belikan jersey murah2 kat sini untuk kau eh :P

Mim Jamil said...

Bukannya apa. Kan bagus kalau kita dapat hargai diri sendiri :)
Tapi kalau kau nak belikan pun boleh, aku tak kisah hantar alamat rumah :D