Wednesday, November 2, 2011

Monolog Dalam Jamban Sampai Mati #1



"Bro, cheese nan satu!" jeritan seorang pemuda membingitkan lagi suasana di kedai mamak itu.

Keadaan di sini kecoh, macam biasa-biasa. Rasa macam ada perayaan. Di kedai mamak, tiap-tiap hari ialah perayaan. Hari raya hari-hari katanya.

"Tskk..!! Tskk..!!" seorang lagi pemuda mengeluarkan bunyi jelik yang seumpama seekor tikus miang mencari pasangan sambil tangan melambai-lambai ke arah seorang pekerja yang memakai songkok lipat dengan cap bendera Malaysia. 

Bunyi tikus itu menyakitkan hati seseorang; Azman.

Azman, anak muda yang tinggal tidak jauh dari kedai mamak itu sedang duduk di suatu sudut memandang segala pergerakan di dalam kedai.

"Apa punya pelik makan nan dengan keju. Bajet 'mat salleh' lah tu. Fusion sana sini," Azman tidak puas hati. Amarah dilepaskan dalam hati.

"Ini apahal pula buat bunyi mucung mulut pula. Tak ada gaya yang lagi elok? Nak kena potong mulut?" Azman memang tidak suka bunyi yang menjengkelkan itu. Rasa macam nak muntah hijau katanya. 

Tak boleh jadi. Azman kena kembali fokus. Ada tugas untuk dijalankan. Dia bukan sahaja tukang kritik kedai mamak yang bermonolog sendirian, dia juga seorang pemerhati tanpa batas.

Dia terus memerhati. 

Menunggu untuk kritikan seterusnya.

1 comments:

Anonymous said...

haha, kool. gimme more!!

~Mat Rok