Tuesday, November 8, 2011

Monolog Dalam Jamban Sampai Mati #2


"Ish..! Rimaslah!" keluh Wati dalam diri. Badannya rasa serba tidak kena. Duduk rasa gelisah, berdiri rasa susah.

OHOK! OHOK! Wati terbatuk-batuk tatkala asap rokok dari suatu arah datang menjengah hidungnya.

"Babi mana pula boleh hisap rokok dekat kedai mamak ni? Ini tempat awam kot!" Wati terus memaki hamun walaupun dia sedar celaannya tidak mampu didengari sesiapa. 

Asap masih berkepul di dalam kedai mamak bagaikan awan meliputi langit. Wati kian risau akan pakaiannya yang baru dibeli semalam. Baju baru beli dah bau rokok, ini gila! Dia makin gelisah dan makin kurang senang. Tingkah lakunya disedari seorang rakan.

"Eh, baby. You okay?" Diana cuba memastikan segalanya baik.

"Yes," jawab Wati ringkas.

"Kepala nenek kau! Tak nampak aku macam kucing nak beranak ni? Bangang betul nak lepak juga tempat semak macam ni!" jerit Wati dalam diri sebaik sahaja nada monoton tadi berhenti.

Tidak jauh dari tempat duduknya kelihatan seorang pelayan membawa hidangan ke meja pelanggan dengan tergopoh-gapah. Habis jari-jemarinya tercelup ke dalam kuah kekuningan yang seakan sama seperti tompok-tompok pada baju pelayan tersebut.

Kelihatan juga seorang perokok menghembuskan kepulan asap terakhir sebelum membaling saki baki putung rokok ke lantai, menambahkan kekotoran dunia.
Tidak jauh dari perokok itu, duduk seorang lelaki di suatu sudut, memandang semua perkara. Matanya meliar seolah-olah mencari sesuatu. 

"Ish, apahal lelaki ni? Pedo?" soal Wati dalam hati, geli.

Wati yang sudah lama memujuk diri untuk bertahan akhirnya tewas. DIa berdiri, dia mahukan angin baharu.

"Wati, you nak ke mana?" tanya Diana yang sebentar tadi sibuk berbual dengan rakan-rakan lain.

"Tandas," jawab Wati,ringkas dan padat kepada Diana yang menghembuskan asap rokok ke udara.

"Bodoh," kata hati Wati dan tidak semena-mena Diana mengangguk.

Wati terus bergerak ke tandas.

1 comments:

Farah Kamarudin said...

aku rase aku tak berape nak faham ni.. *blurr*