"Weh, ambil saiz S warna hijau sehelai!"
"Dekat celah mana?"
"Tepi fitting room! Cepat kang dia marah!"
xxx
Suasana di kedai sibuk seperti biasa. Mana tidaknya, hari ini cuti umum.
Ya, inilah cara aku isi masa untuk cuti kali ini. Kerja sambilan.
xxx
"Weh, mana beg merah yang dia nak tu? Argh!"
"Yang depan mata kau tu apa? Beruang kena cat?"
"Ah, sial! Dubur betul!"
Tatkala carutan dan kata-kata memenuhi ruang udara kedai, seorang pemuda menjengah masuk. Terburu-buru gayanya terus menuju kaunter. Baru tiga hari bekerja, pengalaman mengajar aku perkara ini mesti berkaitan isu pertukaran barang, perkara yang selalu terjadi apabila pelanggan ingin menukar barangan yang dibeli. Walau bagaimanapun, aku tidak nampak sebarang objek yang dipegang oleh lelaki lingkungan 17 tahun itu selain daripada dirinya sendiri.
Tiba sahaja di hadapan kaunter, kakinya mula terjengket-jengket kerana ada seorang pelanggan sedang membuat bayaran di hadapannya (jangan tanya kenapa aku tengok kaki dia). Lalu dia pun bersuara dengan nada yang tinggi dan kasar.
"Ada kerja kosong tak?"
Kami semua tergamam.
"Nah, isi kertas ini. Nanti apa-apa kami call," jawab rakan sekerja aku selamba. Dia memang power, dah tiga tahun kerja sini khabarnya.
Selesai menulis, lelaki yang baru tamat SPM itu terus tinggalkan kedai begitu sahaja.
Buat seketika, kami semua tergamam.
xxx
Beberapa saat selepas itu kertas tersebut sudah berada di dalam tong sampah.
Aku tak tanya kenapa.

1 comments:
setuju
Post a Comment