Hari ini kita akan bincang pasal video ini.
Rakyat Malaysia
Wajah-wajah di dalam video tidak lain tidak bukan wajah sebilangan rakyat Malaysia yang sedang mengugut para aktivis mahasiswa dengan nada yang kasar. Tujuannya (pada pendapat aku) adalah untuk 'memartabatkan' parti yang dicintainya dan menuduh para mahasiswa terbabit sebagai kurang ajar. Mereka melabel diri mereka sebagai 'panglima' dan mengakui diri mereka 'tidak gentar'.
Kehebatan mereka terserlah dengan merekod video ini dan menyebarkannya secara meluas di dalam dunia siber lantas menimbulkan pelbagai persoalan. Adakah mereka membawa gaya seorang anak Malaysia atau lebih kepada gengsterisme? Adakah video ini boleh membawa imej yang baik kepada negara?
Ironi
Wajar aku simpulkan di sini bahawa sekiranya video di atas boleh dilabel sebagai video oleh segelintir rakyat Malaysia, rakyat Malaysia memang cintakan ironi. Tak perlu aku ulas lanjut dan kita terus ke contoh.
0.20
"berani kau kurang ajar dengan kami"
Ayat ini membuatkan aku tergelak besar. Aku hairan dan pelik, kurang ajar sangatkah mahasiswa sehingga membuatkan 'para panglima' semua menjadi kurang ajar sepanjang video?
0.31
"kamu semua hanya macai dan kuda pembangkang, betul tak?" "BETUL!"
Kali ini aku terbahak tahap ekstrem tatkala soalan retorik dijawab oleh para 'panglima' sendiri. Jikalau betul para mahasiswa merupakan seperti yang dikatakan, aku terus terfikir bukankah 'para panglima' juga macai dan kuda parti yang dijulang benderanya di dalam video? Ataupun mereka lebih suka melabel diri sendiri dengan gelaran binatang lain?
0.45
"jelas menunjukkan mahasiswa macam korang ni otak letak dekat kepala lutut"
Melabel para mahasiswa sebegini adalah umpama menghina intelektualisme. Kita tahu para mahasiswa sememangnya nadi penggerak negara dan bukanlah golongan 'pemuda' partitertentu. Sekiranya para pembikin video mempunyai otak yang teletak elok di dalam tengkorak, pasti mereka tidak akan terfikir untuk mengeluarkan ayat ini.
Cukuplah, aku pun tak mahu ulas panjang. Tak sanggup nak tekan butang play berulang kali. Jijik rasanya. Aku pasti para pembaca juga berasa begitu. Aku juga yakin dan pasti video ini akan terus membangkitkan api perjuangan mahasiswa tanah air. Setiap provokasi bakal mencetus nafas perjuangan baharu.
Aku turut berasa sedih dengan gaya yang ditunjukkan para 'panglima'. Gangsterism is so not Malaysian.
Ludah Virtual
0.55
Ini bahagian kegemaran aku, boleh layan dia punya feel.
5 comments:
cayalar bro....
alangkah lucunya negara ini kini
Okaylah kuda daripada mereka, lembu..
mantap ayat...aku suka!lol
mantatap lah mim..haha
Post a Comment