Pada belanjawan 2012, Perdana Menteri kita bercadang untuk mengagihkan baucer buku berjumlah RM200 kepada setiap pelajar IPTA dan IPTS. Maka seluruh umat manusia yang memenuhi kampus institusi pendidikan tinggi bersorak kegembiraan seperti sewaktu rembatan padu kaki kiri Safee Sali di Gelora Bung Karno tepat menuju gawang gol pada 2010.
Ura-ura tersebar luas di laman sosial dan blog-blog bahawa baucer hikmat ini sudah boleh mula didapati di kampus masing-masing lantas tangan aku terus berasa gatal. Beberapa hari yang lepas, segelintir pelajar kolej aku cuba ke pejabat bendahari namun malangnya baucer tidak disediakan di situ. Lalu, ada pelajar mengambil inisiatif untuk ke kampus induk. Disebabkan rasa mengantuk yang melampau, aku rancang untuk ambil keesokan harinya.
Keesokannya pula, ada khabar angin baharu yang mengatakan baucer sudah mula disediakan di pejabat bendahari. Disebabkan rasa gatal tangan yang melampau, aku terus ke pejabat bendahari dan seperti biasa, kekecewaan menunggu sambil tersenyum. Di pintu masuk tersebut ditulis dengan jelas bahawa pelajar kampus aku tidak layak menerima baucer. Pada masa yang sama, aku terdengar khabar bahawa para pelajar yang telah ambil baucer di kampus induk pula telah dipanggil untuk membuat bayaran semula kerana sebenarnya mereka juga tidak layak. Kecewa dan hairan.
Malam itu tanpa berlengah aku terus ke laman Twitter.
Berjam-jam aku menanti jawapan namun penantian aku umpama menunggu bulan bertukar bentuk menjadi Donald Duck. Aku periksa timeline profile yang aku mention. Wah, masih aktif! Aku terus mendesak.
Keesokan paginya, perkara pertama yang aku periksa semestinya Twitter. Akhirnya aku dapat jawapan.
Syukur, beberapa jam setelah tiba di kolej, pejabat bendahari sudah mulai dipenuhi para pelajar. Semua pakat gatal tangan. Aku tumpang sekaki.
Benar, mungkin atas sebab lain keputusan itu ditarik balik tetapi hanya ada beberapa persoalan bermain di fikiran aku sejak aku kecewa dan hairan. Sekiranya, bajet telah dikeluarkan kerajaan untuk semua pelajar IPTA dan IPTS, kenapa kolej aku diasingkan dari mula? Ke mana akan pergi lebihan kupon itu? Dilupuskan? Dihilangkan? Kenapa tiba-tiba keputusan ditarik balik? Adakah sebab avatar Twitter aku yang garang?
Persoalan ini akan sentiasa bermain di minda selagi tangan aku gatal.
Ataupun mungkin sehingga @datosahol tukar avatarnya.




2 comments:
terima kasih sebab kau kitorang dapat rm200 :D
Mungkin bukan sebab aku rasanya. Tapi, sama-sama :)
Post a Comment