Friday, June 8, 2012

Kedai Makan Dan Pengaturan Perlawanan


 "Weh, kau tahu cerita pasal match fixing tu tak?" tanya Saleh.

"Eh, jap. Yang referee pun terlibat kan? Ada ada! Gila weh!" jawab Muzafar yang baru merebahkan bontot ke atas kerusi.

"Memang gila. Sekarang  pasal duit semua orang sanggup buat apa saja," sambung Saleh. Tangannya yang baru sahaja dibasuh sudah bersedia untuk menerkam nasi di dalam pinggan.

Kebisingan kedai makan semakin rancak. Lunch hour. Memang ramai orang pejabat makan di situ. Dua anak muda itu terus berceloteh.

xxx

"Fuh, penat gila!" keluh Zainal sambil membetulkan topi di atas kepala.

"Biasalah, Nal. Kau baru dua hari. Aku dah dua tahun kerja sini. Sibuk!" balas Malik yang jauh berpengalaman dalam bab menjadi pelayan di kedai makan.

"Eh, yang dua orang tu belum kira, kan?" tanya Zainal sambil mengarahkan mata ke arah dua orang anak muda yang baru tiba ke meja selepas mengambil lauk. Mereka bersembang sakan.

"Ha, belum kot. Kau pergilah!" arah Malik.

Zainal mengeluh sahaja. Dia memang betul-betul letih. Pekerja baru sepertinya selalu dibuli ke sana ke mari. Dia terus berjalan ke arah meja pelanggan itu. Makin lama makin laju dia berjalan. Gaya seperti sibuk.

xxx

"Sekarang ni semua boleh atur. Kau nak menang satu gol ke. Dua gol ke. Tiga gol ke. Asal ada duit, beres.." kata Muzafar.

Saleh hanya mampu mengangguk, dia sudah bersedia untuk menyuapkan nasi ke mulut.

"Eh, lupa. Tak kira lagi," kata Saleh. Kebiasaan di restoran ini, harga setiap pinggan akan dikira oleh para pelayan sebelum kertas harga diselitkan di bawah pinggan. Kertas itu juga akan diterbalikkan untuk mengelakkan orang mati tercekik kerana harganya yang gila mahal.

"Ha, itu. Ada pelayan baru tu on the way. Aku suruh dia kira jap. Dia baru, kira pun murah. Yang lain kira mahal!" kata Muzafar sambil tangan melambai-lambai ke arah seorang pelayan yang berjalan begitu laju.

Pelayan itu lalu sahaja di sebelah mereka sebelum mengangkat tangan tanda "sekejap, sekejap".

xxx

Zainal berjalan pantas, biar nampak sibuk baru orang tak panggil. Itulah taktik yang dia belajar dari abangnya yang juga seorang pelayan di restoran. Tiba-tiba, kelihatan seorang lelaki dari meja tadi mengangkat tangan memanggilnya.

Cis, ada juga yang panggil!

Zainal lalu sahaja di sebelah mereka sebelum mengangkat tangan tanda "sekejap, sekejap". Dia terus ke tandas, duduk di atas jamban. Sebatang rokok yang disimpan dalam kocek diletakkan ke bibir. Mancis dicucuh, tandas berasap. Dia 'berehat' sebentar.

xxx

Kelihatan pelanggan meja tadi masih melambai-lambai. Malik pelik. Dia hairan ke mana hilangnya Zainal. Tadi sudah disuruh budak itu untuk kira meja tersebut. Ah, biarlah. Malik membuka langkah ke arah meja tersebut. Tangan kanan dimasukkan ke dalam poket, meraba mencari kertas putih dan tangan kiri pula menarik pen dari atas telinga.

xxx

"Eh, celaka betul punya pelayan baru, boleh dia buat tak layan?!" marah Muzafar.

"Biasalah, ini semua taktik diorang. Takkan kau tak biasa kena dekat kedai mamak kot? Sampai satu kedai dia pusing passing order," jelas Saleh.

Muzafar masih melambaikan tangannya mencari-cari pelayan lain. Kelihatan seorang pelayan dalam perjalanan, Muzafar berhenti melambai. Pelayan itu membelek dari setiap sudut, mengira dengan terperinci sebelum meneyelitkan kertas putih ke bawah pinggan mereka.

xxx

Malik membelek dari setiap sudut, mengira dengan terperinci sebelum meneyelitkan kertas putih ke bawah pinggan pelanggan. Air sirap yang diambil mereka berdua percuma buat hari ini. Adat hari Jumaat kedai ini. Malik tinggalkan meja itu untuk mencari pinggan-pinggan lain yang masih belum dikira.

xxx

 "Weh tengok kau kena berapa?"

"Babi! Enam ringgit, sial! Mahal gila! Selamat sirap ni free!"

"Okaylah tu. Aku kena enam setengah! Aku dah kata orang lama kira mahal!"

"Aduh, tak guna betul. Budak baru tadi tak mahu kira pula.."

"Next time kita pastikan budak tu kira juga! Eh, jap, ni ha pasal EURO.."

"Ha, apasal?"

"Kau tak rasa macam nanti boleh jadi match fixing ke?" 

"Boleh, weh! Sedangkan liga kecil dekat sini pun boleh jadi apatah lagi yang besar gila babat tu?"

"Hish, diorang ni tak tahu halal haram ke?" 

TAMAT